Apa Itu Muula?
Muula adalah platform komuniti untuk pemilik kereta di Malaysia saling memberi dan mendapatkan tajaan bagi menampung kos pemilikan dan penyelenggaraan kereta. Kami menghubungkan anda dengan mereka yang mempunyai tujuan yang serupa untuk saling membantu ringankan beban dan berkongsi faedah serta manfat bersama.
Selain itu, anda juga boleh jadikan Muula sebagai platform untuk jana pendapatan tambahan dengan berkongsi tentang kelebihan dan kebaikan platform ini kepada lebih ramai orang diluar sana!
Pelan Penajaan
Aktifkan pelan tajaan yang bersesuaian dengan keperluan dan matlamat anda. Kami di Muula sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda ke dalam komuniti kami yang saling prihatin.
Muula Basic
RM980.00
- 1 Lot Penempatan Untuk Cycle Sponsorship
- Referral Sponsorship
- Cycle Sponsorship
- Matching Sponsorship
Maksimum 2 Cycle - RM2,600.00 @ 1 Lot
Soalan lazim
Muula adalah platform penajaan komuniti yang diuruskan oleh Uniq Three Resources (NS0241964-X) untuk pemilik kereta di Malaysia saling memberi dan mendapatkan tajaan.
Matlamat kami adalah untuk menjadikan Muula sebagai platform penajaan komuniti yang terbaik dan dipercayai. Melalui platform ini, anda dapat bersama-sama mereka yang mempunyai tujuan yang serupa untuk saling membantu meringankan beban dan berkongsi faedah serta manfat bersama.
Bila anda menyertai Muula, anda boleh memilih pelan tajaan yang bersesuaian dengan matlamat dan keperluan anda.
Sama ada ianya untuk kegunaan bagi menampung bayaran roadtax dan juga insuran, ansuran bulanan kereta, perbelanjaan minyak, tol dan servis berkala, mahupun bagi anda yang ingin menjadikan Muula sebagai platform untuk anda menjana pendapatan tambahan, kami sediakan semuanya untuk anda!
Bila anda menyertai Muula, anda boleh memilih pelan tajaan yang bersesuaian dengan matlamat dan keperluan anda.
Sama ada ianya untuk kegunaan bagi menampung bayaran roadtax dan juga insuran, ansuran bulanan kereta, perbelanjaan minyak, tol dan servis berkala, mahupun bagi anda yang ingin menjadikan Muula sebagai platform untuk anda menjana pendapatan tambahan, kami sediakan semuanya untuk anda!
Sesiapa sahaja pemilik kereta persendirian boleh mendaftar dengan Muula tanpa mengira lokasi, jenama mahupun model kereta yang anda miliki.
Tidak. Muula hanyalah penyedia platform untuk anda dan mereka yang lain memberi dan mendapatkan tajaan bagi menampung kos pemilikan dan penyelenggaraan kereta. Muula bukanlah sebuah entiti penyedia kemudahan pinjaman atau kredit.
Tidak. Anda tak perlu menyediakan sebarang dokumen sokongan untuk mendapatkan tajaan di Muula kerana ianya bukanlah pinjaman dan anda tidak perlu membayar balik amaun tajaan yang anda perolehi.
Anda boleh menyertai Muula walaupun kereta yang anda gunakan bukan atas nama anda. Boleh jadi ianya kereta pasangan, ibu bapa, adik beradik atau kereta sesiapa sahaja, asalkan ianya untuk kegunaan harian anda dan anda telah mendapat kebenaran pemilik asal untuk menggunakannya.
Di Muula, kami tidak mengambil kira bilangan kereta yang anda miliki. Namun, anda perlu membuat pertimbangan sewajarnya untuk memilih pelan penajaan yang bersesuaian dengan matlamat dan keperluan anda sendiri.
Anda boleh rujuk di bahagian Pelan Penajaan untuk melihat pelan yang boleh dijadikan pilihan.